16 Fakta Mengejutkan Tentang Kopi Untuk Kesihatan (Manfaat Kopi Untuk Kesihatan)



Manfaat Kopi Untuk Kesihatan


Kopi sering dianggap sebagai minuman yang tidak menyihatkan,bermula dari kandungan Kafein yang terdapat didalamnya sehinggalah kesan buruk terhadap gigi.Tetapi fakta menunjukkan faedah yang dapat diperolehi dari amalan meminum kopi lebih banyak dari kesan negatif yang dikaitkan dengannya.

Kopi hakikatnya adalah sumber antioksidaan selain teh hijau disamping pelbagai kandungan jenis nutrien yang terdapat didalamnya.Namun kebanyakan kopi yang telah diproses di negara kita (baca Malaysia) kebanyakannya telah dicampur dengan pelbagai bahan tambahan sehinggalah mengurangkan dan sekaligusnya menghilangkan faedah utama kopi.

Berikut merupakan fakta kebaikan/kelebihan kopi untuk kesihatan.

1.Membakar Kalori Lebih Banyak

Dalam satu kajian di Sepanyol,atlet yang telah diberi minum kopi sebanyak 12 ounce atau 350 ml sebelum bersenam menunjukkan kesan pembakaran kalori 15 % lebih banyak berbanding mereka yang tidak meminum kopi.Di samping itu walaupun anda tidak bersenam,amalan meminum kopi sebanyak 1-2 cawan seharai menyebabkan kadar metabolisma anda meningkat sebanyak 10 -20% .

2.Melancarkan Perjalanan Darah

Amalan meminum sebanyak 5 ounce atau 150 ml kopi telah terbukti meningkatkan aliran darah didalam kapilari darah anda menurut satu kajian di Jepun. (Sumber Disini) .Peningkatan pengaliran darah ini dapat memberi kesan yang baik terhadap proses pengoksigenan (oxygenation) tisu badan anda di mana ianya dapat memberi pelbagai faedah terhadap kesihatan fizikal.

3.Mempunyai Kesan Mengurangkan Sakit

Satu kajian dari Universiti Illinois telah menunjukkan pengambilan kopi sebanyak 2-3 cawan dapat mengurangkan kesakitan yang dialami pesakit.Manakala satu kajian lanjutan yang telah dibuat oleh Universiti Georgia juga telah menunjukkan pesakit yang telah diberikan kopi menunjukkan penurunan sebanyak 48 % kesakitan yang dialami pesakit berbanding hanya 30% dan 25% dengan pengambilan naproxen dan aspirin.

4.Membantu memelihara tisu otot

Apabila anda meminum kopi,otak anda akan membebaskan sejenis bahan yang dipanggil Brain-Derived Neurotrophic Factor (BDNF) berfungsi menyokong otot anda.Tanpa faktor penting ini,otot lebih cenderung mengalami Atrophy iaitu kehilangan otot atau daging secara beransur-ansur 
( maklumat lanjut tentang Atrophy) .

5.Membuatkan Anda Bijak

Bahan kimia semulajadi yang terdapat didalam kopi dapat meningkatkan aktiviti neuron otak anda sekaligus meningkatkan fungsi otak anda lebih aktif.

6.Meningkat Daya Memori 

Satu lagi kebaikan pengambilan kopi terhadapa otak anda adalah dapat meningkatkan daya ingatan dan memori anda.Dengan meminum 2 cawan kopi sehari telah terbukti dapat meningkatkan daya ingatan jangka panjang anda. ( Baca tentang bagaimana kopi dapat meningkatkan memori anda)

7.Mengurangkan Risiko Kemurungan ( Depression)

Faedah kopi juga sering dikaitkan dengan kesan mengurangkan kadar depression terutamanya di kalangan wanita.Mereka yang mengambil 4 cawan kopi sehari menunjukkan penurunan kadar kemurungan dan stress sebanyak 20%.Pengurangan kadar tahap depression ini adalah kerana kandungan semulajadi kopi menyebabkan otak menghasilkan dan membebaskan beberapa bahan kimia seperti serotonin dan dopamine.

Lebih lanjut anda boleh baca kaitan antara Serotonin Terhadap Kemurungan Disini.


8.Mengurangkan Risiko Beberapa Jenis Kanser

Kajian yang telah dilakukan menunjukkan pengambilan kopi dapat mengurangkan/menghalang anda daripada kanser hati dan kanser kolon iaitu antara kanser yang mudah dan biasa dihadapi oleh mereka di negara dunia ketiga.Mereka yang meminum kopi menunjukkan 40 % risiko lebih rendah untuk menghadapi kanser hati dan 15 % lebih rendah untuk kanser kolon jika mengamalkan pengambilan kopi sebanyak 4-5 cawan kopi sehari.

Maklumat Lanjut Tentang Bagaimana Kopi Boleh Mengurangkan Risiko Kanser Boleh Dibaca Disini


9.Mengurangkan Risiko Menghadapi Sakit Jantung

Kajian selama ini mendakwa bahawa pengambilan kafein boleh meningkatkan tekanan darah anda. Walaupun fakta ini adalah benar, kesan untuk terjadi sangatlah kecil dan biasanya hanya terdapat di kalangan mereka yang tidak minum kopi secara teratur. Kajian juga tidak menyokong idea bahawa kopi meningkatkan risiko penyakit jantung, sebaliknya pengambilan kopi dapat mengurangkan risiko penyakit jantung terutamanya di kalangan wanita.. Peminum kopi juga mempunyai risiko 20 peratus lebih rendah untuk menghadapai strok.

10.Melindungi Hati 

Selain kesan kopi sebagai agen untuk menghalang daripada menghidapi kanser hati,kopi juga berperanan sebagai agen untuk menghalang pelbagai penyakit berkaitan hati sebagai contohnya adalah seperti Hepatisis.Kopi juga melindungi daripada Cirrhosis Hati iaitu antara salah satu penyakit hati yang kronik.

11.Menyembuhkan Gout

Gout suatu penyakit yang disebabkan peningkatan kandungan Urik Asid yang tinggi didalam darah.Dengan meminum 6 cawan kopi sehari anda dapat mengurangkan risiko Gout sehingga 60 peratus.

12.Mengurangkan Risiko Type 2 Diabetes

TYPE 2 Diabetes adalah penyakit yang memberi kesan kepada kira-kira 300 juta orang di seluruh dunia. Peminum kopi mempunyai keupayaan untuk mengurangkan risiko TYPE 2 Diabetes ini dengan setiap cawan kopi yang mereka minum. Hasil daripada pelbagai kajian menunjukkan pengurangan sekitar 7%  risiko untuk setiap cawan yang diambil, dengan peminum kopi yang paling kerap mengurangkan risiko sebanyak 67%.

13.Mengurangkan Rasa Perat

Faedah ini tampaknya cukup jelas dan kerana itu ramai yang akan meminum kopi setiap pagi.Mereka dapat merasakan sumber rangsangan tambahan daripada kopi yang diminum lagi-lagi mereka yang tidak mendapat tidur yang mencukupi.Ini kerana kaffein yang terdapat didalam kopi bertindak sebagai perangsang yang membantu anda merasa lebih peka dan meningkatkan fokus anda.Disamping itu,ianya juga memberikan peningkatan tenaga dan stamina anda.

14.Mengurangkan Risiko Alzheimer’s

Kajian di kedua-dua Universiti Miami dan Universiti South Florida telah menemui kaitan yang terbukti antara pengambilan kopi dan pengurangan risiko Alzheimer. Malah, mereka yang mengambil kira-kira tiga cawan setiap hari juga 65% kurang risiko untuk Alzheimer. Peminum kopi juga mempunyai risiko yang lebih rendah, kira-kira 32 hingga 60%, untuk mendapat penyakit Parkinson

Baca Disini Bagaimana Kopi Dapat Mengurangkan Risiko Alzheimer

15.Mengandungi Pelbagai Nutrien Dan Sebagai Agen Antioksidan

Pelbagai faktor lagi yang membuatkan anda akan lebih sukakan kopi dan bukan sekadar kaffein yang membuatkan rasa mengantuk anda hilang.Kopi telah didapati mengandungi sejumlah besar antioksidan. Malah, ramai orang dalam budaya Barat mendapatkan lebih banyak antioksidan daripada kopi daripada sumber lain sepertibuah-buahan dan sayur-sayuran.Bahan-bahan penting lain termasuk riboflavin (11% daripada RDA), kalium (3%), magnesium dan niasin (2% setiap satu). Jumlah ini meningkat jika anda minum lebih daripada satu cawan setiap hari.

16.Bau Kopi Dapat Mengurangkan Stress?

Ada berita baik walaupun bagi anda yang tidak suka akan rasa kopi. Para penyelidik di Universiti Kebangsaan Seoul mendapati bahawa tikus yang dihalang dari tidur serta terdedah kepada bau kopi mengalami penurunan dalam kuantiti penghasilan protein otak yang menyebabkan tekanan.Ini menunjukkan bau kopi dapat mengurangkan perasaan stress akibat dari kurang tidur.


Untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada kopi yang diminum, terdapat beberapa faktor penting yang perlu diambil kira. 

Pertama disebabkan kebanyakan manfaat dari kopi langsung dikaitkan dengan kandungan kafein dalam kopi, anda tidak akan mendapat kesan yang sama daripada kopi bebas Kaffein. Selain itu anda juga akan mengurangkan manfaat kesihatan daripada kopi dengan menambah perkara seperti pemanis tiruan dan krimer. Jadi sebaiknya adalah dengan meminum kopi yang dibancuh tanpa gula atau susu. 

Di samping itu, meminum kopi secara berlebihan boleh membawa kepada keletihan adrenal dan boleh menyebabkan dehidrasi. Untuk mendapatkan manfaat yang maksimum daripada kopi anda, anda disarankan untuk menggunakan biji kopi yang dikisar anda sendiri,bukan menggunakan serbuk kopi yang telah siap dibungkus di pasaran.






Segalanya Unik

No comments:

Post a Comment

Instagram