20 Sebab Paling Kukuh Kenapa Anda Perlu Berhenti Minum Coca Cola Dari Sekarang

Bahaya Coca Cola Bagi Tubuh


Siapa yang tidak kenal minuman kesukaan ramai sejak berpuluh tahun lagi iaitu Coca Cola atau nama panggilan manjanya iaitu Coke,dan saya yakin umum sudah pun mengetahui bahawa nama minuman ini sudahpun "busuk" dan dikenalpasti sebagai "racun" kepada metabolisme badan.Sifatnya yang sangat berasid kerana mempunyai kandungan Phosporic Acid  iaitu dengan nilai pH berskala dari
2.5 - 4.2 ( lebih tinggi nilai dari pH asid bateri) mempunyai keupayaan membersih kotoran lebih baik dari kebanyakan pencuci yang terdapat di rumah anda.
Di negara dunia ke tiga seperti Afghanistan,Ethiopia dan beberapa negara di rantau Afrika ianya lebih murah untuk anda mendapatkan setin Coke berbanding mendapat sumber bekalan air yang bersih.Coca Cola telah menggunakan propaganda berkaitan hubungan awam dan sosial untuk menyakinkan masyarakat dan pengguna bahawa mereka merupakan sebuah syarikat yang sentiasa menjaga alam sekitar,namun hakikatnya mereka sentiasa terpalit dengan isu dan punca kepada pencemaran,kekurangan sumber air dan pelbagai penyakit.
Anda boleh lebih lanjut di sini : Overexploitation and pollution of water sources in India.

Tonton video di bawah apa yang terjadi apabila anda memasak Coke


Mereka yang mempunyai kekerapan pengambilan minuman ringan seperti Coke mempunyai risiko
48% untuk mendapat serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengambil minuman seperti ini.Kajian yang di jalankan dan diterbitkan di dalam Jurnal Respirology (klik untuk link) mendedahkan bahawa pengambilan minuman ringan soda sangat berkaitan menjadi punca kepada masalah paru-paru serta gangguan pernafasan seperti asma dan chronic obstructive pulmonary disease (COPD) .
Bagaimana Proses Pengkarbonan Didalam Coke Menjadi Punca Kepada Kehilangan Kalsium Di Dalam Tulang Anda Melalui 3 Peringkat Proses

1.Pengkarbonan meganggu sistem perut anda
2.Perut anda akan cuba "merawat" gangguan tersebut dengan merembeskan antacid,yang diperoleh dari kalsium dan kalsium ini sumbernya adalah dari dalam darah anda.
3.Akibat proses tersebut,darah anda akan kekurangan kalsium,dan darah akan menggantikan sumber kalsium didalamnya dari tulang anda,iaitu sumber kalsium dari tulang akan ke darah dan tulang akan kehilangan jumlah kalsium asal.Jika tidak,fungsi otak dan otot anda akan terjejas.

Namun,proses ini tidak berhenti di situ sahaja.Kerana kandungan phosporic asid di dalam Coke,ia juga menjadi punca kepada kehilangan kalsium di dalam badan anda.

Coke Akan Menyebabkan Tulang Anda Menjadi Lemah Dalam 3 Cara :

1.Proses pengakrbonan mengurangkan kalsium di dalam badan.
2.Phosporic asid juga mengurangkan kalsium di dalam badan.
3.Coke yang di minum anda akan menggantikan kandungan kalsium yang hilang tersebut.

Apa Yang Terjadi Di Dalam Badan Dalam Masa 1 Jam Yang Anda Tidak Tahu Apabila Anda Minum Coke?

Selepas 10 Minit : Gula yang terkandung di dalam Coke (10 sudu teh gula) akan menyerang badan anda.Untuk pengetahuan anda jumlah gula ini adalah 100 % dari jumlah pengambilan yang disyorkan sehari 
Selepas 20 Minit : Tahap insulin di dalam darah akan meningkat dan gula tersebut akan menjadi lemak (Fat)
Selepas 40 Minit : Proses resapan caffeine selesai dan pupil (bahagian di dalam mata) anda akan mengembang.Tekanan darah akan meningkat kerana hati akan melepaskan gula yang banyak melalui aliran darah.
Selepas 45 Minit : Penghasilan Hormon Dopamine meningkat,di mana hormon ini merangsang pusat otak anda menjadikan anda tenang,sama seperti kesan pengambilan Heroin.
Selepas 1 Jam : Phosporic asid akan bergabung dengan Kalsium,Magnesium dan Zink di dalam usus dan sistem pencernaan,di mana ianya akan meningkatkan metabolisme,manakala kalsium akan mula hilang melalui air kencing
Selepas 1 Jam : Kalsium,Magnesium dan Zink akan dibuang dari badan anda,di mana 3 bahan ini merupakan kandungan dan zat di dalam tulang.Pada masa yang sama anda akan menjadi mudah marah dan lemah.

20 Kegunaan Coke Yang Membuatkan Anda Insaf Untuk Mengambil Sebagai Minuman Kegemaran Anda.
Untuk membuktikan Coke tidak sepatutnya menjadi minuman anda,di sini saya senaraikan 20 kegunaan praktikal yang selalu digunakan sebagai agen pencuci.
1.Mengahpuskan kesan gris/minyak pada pakaian.
2.Menghapuskan karat
3.Menghilangkan kesan darah pada fabrik dan pakaian.
4.Membersihkan kesan minyak pada lantai garaj
5.Membunuh siput
6.Membersihkan kuali yang hangit
7.Membersihkan cerek yang hitam terbakar
8.Membersihkan terminal bateri kereta.
9.Membersihkan enjin 
10.Mengilatkan duit syiling lama yang kusam
11.Membersihkan lantai
12.Agen mereputkan gigi
13.Membuang gula-gula getah yang melekat pada rambut
14.Membersihkan kotoran di barangan kaca
15.Membersihkan kolam renang
16.Membersihkan kesan pen marker pada permaidani
17.Membersihkan mangkuk tandas
18.Mengilatkan barangan aluminium dan chrome
19.Membersihkan kesan cat pada perabot
20.Menghilangkan dye pada rambut
Jadi masih lagi nak minum minuman yang dipanggil Coke ini?



Segalanya Unik

No comments:

Post a Comment

Instagram