Jangan Banyak Alasan Dalam Hidup Selepas Anda Menonton Video Ini

Lihat bagaimana seorang designer yang kurang upaya mengatasi kekurangan yang ada pada dirinya dari berhenti dari kerjayanya dan terus berputus asa.




Segalanya berubah selepas Michelle Vandy memulakan program internya sebagai pelatih architecture.Dia telah menghabiskan banyak masa untuk menyiapkan kerja-kerjanya,dan pada masa yang sama Michelle membantu menyiapkan kerja-kerja  illustrasi buku untuk kawannya.Sebagai grafik designer Michelle banyak memerlukan penggunaan tangan untuk menggunakan mouse bagi menyiapkan segala kerjanya.


Dia bekerja selama 10-15 jam sehari setiap hari di mana suatu hari Michelle mendapati jarinya mula sakit-sakit diikuti kekejangan di tangannya.Michelle mendapati dia kehilangan semua kekuatan pada jarinya.Namun Michelle yang degil ini masih meneruskan kerjanya dengan terpaksa menggunakan tangan kiri.Gejala yang dialami Michelle ini dikenali sebagai repetitive strain injury (RSI) .


Disebabkan ketidakupayaan yang dialaminya dan risau akan nasib kerjayanya,Michelle bertekad untuk mencari penyelesainnya bagi membolehkan dia terus berkarya.


Dengan bantuan bapanya,Michelle telah mencipta suatu alat yang dinamakan 

Nose-Pad dengan menggunakan Manfrotto 492 table tripod,sebuah Apple Magic Trackpad dan sebuah tripod.Alat yang dihasilkan Michelle ini membolehkannya mendesign menggunakan hidung dan bibirnya dan Michelle telah menggunakan kaedah ini selama beberapa tahun dan hasil designnya sama seperti dia menggunakan tangan untuk menggerakkan mouse.


Nose-Pad


 Sumber Foto : looknohands.me


Antara Hasil Kerja Michelle Vandy Menggunakan Nose-Pad

 Sumber Dari looknohands.me


 Sumber Dari looknohands.me

Sumber Dari looknohands.me

Sumber Dari looknohands.me


Lihat Video Ini Bagaimana Michelle Menggunakan Nose Pad Ini






Bagaimana?Tercabar Tak.....So lepas ni jangan bagi alasan dengan kekurangan anda.Sentiasalah mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.Dan juga bagi designer di luar sana,jagalah kesihatan tangan anda.Jangan berterusan menggunakan tangan anda.Tangan pun nak rehat gak beb......

Segalanya Unik

No comments:

Post a Comment

Instagram