Dari Sebuah Bas Lama Yang Buruk Menjadi Sebuah Rumah Idaman Bebas Hutang

Rumah daripada bas sekolah lama yang di ubahsuai menjadi sebuah kediaman?Sangat "Rare" bagi kita untuk melihatnya tapi itulah hakikatnya apa yang telah dilakukan oleh mereka yang berjiwa kreatif ini.

Mereka telah mengubah suai sebuah bas lama,yang telah "pencen" dari beroperasi membawa murid-murid ke sekolah menjadi sebuah rumah yang sangatlah mengangumkan,yang sangatlah awesome.Ianya berfungsi sebagai sebuah RV (recreational vehicle) atau Caravan.Mereka bebas untuk bergerak ke mana sahaja,tinggal di mana sahaja dan mengembara dengan membawa rumah mereka sekali.

Berikut saya senaraikan beberapa "Rumah Bas" yang wujud di dunia ini.



Waldmire Road Yacht dibina oleh seorang Inggeris bernama  Rob Waldmire.Beliau telah membina rumah ini menggunakan separa kayu dan telah mengembara bersama rumah kesayangannya ini selama 10 tahun.




Dari asalnya sebuah bas buruk,2 wanita dari Israel telah membina sebuah rumah bergerak mereka dengan sentuhan gaya mewah.Sungguh hebat.






Bosan dengan kerjanya di studio hanya merangka rekaan bangunan,Hank Butitta,seorang pelajar arkitektur mengambil keputusan membeli sebuah bas buruk berharga $3000 dan meng "upgrade" bas tersebut dengan perbelanjaan sebanyak $6000 untuk membina singgah sana bergerak beliau.




Pasangan ini yang mencari jalan untuk keluar dari hutang dan menjalani kehidupan yang simple telah mengambil keputusan membeli bas lama ini dengan harga $3000 dari Ebay.com dan mengambil beberapa bulan untuk transformkan bas jenis "Bluebird" ini menjadi sebuah kediaman yang selesa dan membolehkan pasangan ini hidup bebas dari perlu membayar sewa dan hutang rumah.





Pasangan ini dapati mereka tidak mampu untuk memiliki sebuah rumah impian mereka berikutan harga pasaran rumah yang sangat mahal.Mereka mengambil keputusan membeli bas double decker ini dan menukarnya menjadi sebuah rumah mewah lengkap dengan 2 bilik tidur,tandas,dapur dan cukup sifat untuk sebuah rumah.Dengan memakan perbelanjaan kurang daripada $20000 iaitu hanya 1 per 10 nilai harga sebuah rumah biasa di Britain.





Dengan sentuhan kayu di dalamnya,rumah bas ini sememangnya nampak sangat mengangumkan.Sangat sempurna sebagai kediaman bagi pasangan muda yang kini menetap di Cascade Mountains.




Mereka menggelarnya sebagai Magic Biodiesel Bus kerana enjinnya mampu bergerak dengan menggunakan minyak sayuran yang dikitar semula.Dibina oleh Dave Weaver dan rakannya,rumah bas ini telah menjadi kediaman impian mereka sambil mereka mengembara.

Segalanya Unik

1 comment:

  1. Kalau ada sesiapa nak jual bas mini , bas lama tapi kecil , bas sekolah lama .. Please nk sgt tapi bajet saya rm3000 please ws 0182723389

    ReplyDelete

Instagram