Perhatian Buat Perokok Dan Bekas Perokok.6 Makanan Ajaib Ini Mampu Menyingkirkan Nikotin Dan Toksin Dari Badan Anda

Sebagai Cara Untuk Berhenti Merokok



Adakah anda seorang perokok atau yang baru meninggalkan amalan tidak sihat ini?Saya kongsikan kepada anda,bagaimana untuk anda menyingkirkan kandungan nikotin dan toksin yang bersarang di dalam badan anda disebabkan aktiviti merokok ini.Mungkin makanan-makanan tersebut dapat membantu anda di dalam proses untuk berhenti merokok.


Umum mengetahui bahawa merokok sememangnya tidaklah baik untuk kesihatan,tapi jika sekali sudah terjebak,memang susah untuk meninggalkan tabiat merokok ini.Sebatang rokok mengandungi pelbagai toksin dan bahan yang merosakkan sistem badan manusia.Misalnya Nikotin dan Tar  yang terdapat di dalam rokok,boleh menyebabkan peningkatan mendadak tekanan darah serta merosakkan paru-paru,di samping sifat Nikotin yang membuatkan anda ketagihan.Nikotin ini akan terus berada di dalam badan anda selama beberapa tahun walaupun anda telahpun berhenti dari merokok.


Tabiat merokok juga menyebabkan penurunan kuantiti Vitamin C,E dan A di dalam badan anda,di mana vitamin-vitamin ini berperanan melindungi paru-paru dari kerosakan.
Ini ada berita baik untuk mereka yang telah mengambil keputusan untuk berhenti dari merokok.Anda dapat menyingkirkan nikotin yang telah sebati di dalam badan anda dengan mengamalkan beberapa makanan ini.6 makanan tersebut adalah :
1.Broccoli
Sayuran hijau yang kaya dengan Vitamin C dan B5 menjadi pengganti Vitamin C yang hilang dari badan akibat merokok,di samping mengurangkan Nikotin yang terdapat di dalam bdan anda.Selain itu,ianya melindungi paru-paru daripada kerosakan.


2.Buah Oren

Juga sebagai pengganti hilangnya Vitamin C daripada badan anda akibat merokok,Buah oren yang kaya dengan Vitamin C meningkatkan kadar metabolisme untuk menyingkirkan Nikotin di dalam badan dengan lebih cepat.


3.Jus Carrot

Selain menyebabkan ketagihan,Nikotin juga menyebabkan kulit menjadi kusam,jadi Kandungan Vitamin A,B,C,K di dalam Carrot membantu menyingkirkan Nikotin serta memperbaiki struktur kulit anda kembali.



4.Bayam

 Sayuran yang kaya dengan Vitamin dan Folic Acid ini membuatkan mulut anda merasakan sedutan dan rasa rokok menjadi sangat teruk atau tidak sesedap seperti sebelumnya.


5.Buah Delima / Pomegranate

Dengan mengamalkan memakanan buah / jus buah delima ini,ianya dapat memperbaiki dan melancarkan perjalanan darah serta meningkatkan jumlah cell badan.Ianya juga menjadikan anda bekas perokok atau yang sedang merokok merasakan ketidakperluan nikotin di dalam badan anda.


6. Buah Kiwi

 Berfungsi sama seperti buah Oren iaitu menyingkirkan kandungan Nikotin yang bersarang di dalam badan serta menggantikan kandungan Vitamin A,C dan E yang berkurangan kesan akibat merokok.





Segalanya Unik

No comments:

Post a Comment

Instagram