8 Kelebihan Bersenam Selama 5 Minit Setiap Hari yang Anda Tidak Tahu - Kini Tiada Lagi Alasan Untuk Tidak Bersenam

faedah bersenam

Anda semestinya sudah maklum bahawa bersenam sememangnya baik untuk kesihatan,namun akibat kekangan masa akibat sibuk dengan kerja dan urusan harian kita selalu memberi alasan untuk membataskan diri kita untuk meluangkan sedikit masa untuk bersenam.Jadi selepas membaca artikel ini,saya harap anda tidak lagi memberi alasan untuk tidak bersenam walaupun hanya 5 minit sehari.

Kajian menunjukkan walaupun dengan bersenam selama 5 minit setiap hari dapat memberi kesan positif yang ketara terhadap kesihatan dan kesejahteraan seseorang individu itu.Jom kita baca 8 kelebihan yang anda akan peroleh hanya dengan bersenam selama 5 minit sahaja setiap hari.


1.Mengurangkan Risiko Penyakit Berkaitan Kardiovaskular

Penyakit kardiovaskular menjadi penyebab kematian utama di Amerika Syarikat ketika ini.Dengan mengamalkan senaman aerobik sekurang-kurangnya 5 minit sehari setiap hari,dapat mengurangkan sebanyak 50 peratus risiko untuk anda menghadapi penyakit berkaitan kardiovaskular ini.Satu kajian berkaitan aktiviti bersenam dengan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular  telah dijalankan ke atas 55000 orang dewasa berkaitan tabiat senaman mereka selama 15 tahun memperlihatkan mereka yang walaupun sedikit aktif mempunyai paru-paru dan jantung yang lebih kuat.

Untuk lebih kepastian anda boleh membaca Journal yang diterbitkan oleh American College Of Cardiology Di Sini.

Leisure-Time Running Reduces All-Cause and Cardiovascular Mortality Risk

2.Mengurangkan Risiko Kematian

Kajian yang sama juga mendapati risiko kematian disebabkan pelbagai penyakit juga adalah berkurang hampir 1/3 walaupun seseorang itu mengamalkan senaman kurang dari 51 minit seminggu berbanding dengan mereka yang tidak langsung bersenam.Jadi anda perlu ada strategi masa untuk bersenam.Sebagai contoh masa 51 minit tersebut dipecahkan kepada 8 minit sehari untuk 1 minggu atau hari ini anda buat 5 minit,esok anda buat 8 minit dan seterusnya untuk hari-hari lain sehinggalah cukup 51 minit seminggu.Mudah bukan?

3.Hidup 3 Tahun Lebih Lama

Bukan sahaja bersenam dapat mengurangkan risiko kematian,ianya juga dapat meningkatkan hayat hidup anda.Daripada 55 000 peserta yang diuji dalam kajian yang saya sebut diatas,mereka yang kerap bersenam dan konsisten akan hidup lebih lama 3 tahun secara purata.Lihat bagaimana hanya dengan bersenam walaupun hanya sekejap dapat memberi impak kepada lifespan anda.

4.Kesan Positif Terhadap Tekanan Darah (Blood Pressure)

Memandangkan dengan bersenam meningkatkan kecergasan kardiovaskular,tidak menghairankan dengan bersenam secara kerap dan konsisten memberi kesan yang baik terhadap tekanan darah anda.Suatu kajian bertajuk "Aerobic interval training reduces blood pressure and improves myocardial function in hypertensive patients" dan diterbitkan oleh European Journal of Preventative Cardiology menunjukkan lebih banyak senaman yang diterima jantung anda,lebih bagus ianya mengawal aturan tekanan dan aliran darah di dalam badan anda.Tekana darah yang baik dan sihat mengurangkan risiko untuk anda mendapat serangan jantung dan strok,2 penyakit yang sangat ditakuti manusia.Bersenam sangat-sangat menakjubkan kesannya terhadap kesihatan.

5.Mengurangkan Sensiviti Gula Dalam Darah (Blood Sugar Sensitivity)

Apabila tubuh anda sensitif dengan perubahan gula dalam darah,anda sangat berisiko untuk mendapat penyakit kencing manis (Diabetes).Di Amerika Syarikat sahaja,Diabetes telah menyebabkan kematian sebanyak 71,000 orang setiap tahun.Kajian dari Kowsar Medical Institute menunjukkan bahawa dengan bersenam / berlari secara kerap dapat membantu mengurangkan sensitivity terhadap gula dalam darah (blood sugar sensitivity) walau anda memang telah mempunyai penyakit kencing manis ini.Jadi anda pilih bersenam setiap hari atau suntikan insulin setiap hari?


Tak faham apa itu Blood Sugar Sensitivity?Baca Di Sini How Do You Know If You Are Sugar Sensitive?
6.Kesan Terhadap Emosi Yang Lebih Baik
Sains telah menunjukkan emosi seseorang akan bertambah baik selepas seseorang itu bersenam.Ini kerana otak manusia akan membebaskan bahan kimia seperti endorphins yang merangsang otak sekaligus menyebabkan anda berasa tenang serta emosi yang stabil dan terbaik.
7.Meningkatkan Kualiti Tidur
Tahukah anda senaman yang dilakukan secara kerap dapat meningkatkan kualiti tidur lebih baik dari anda menelan pil tidur yang paling kuat tanpa apa-apa kesan sampingan? Satu kajian yang dilakukan pada tahun 2012 terhadap kesan senaman pagi setiap hari telah diterbitkan didalam Journal of Adolescent Health (2012 study on daily morning running) mendapati senaman atau larian yang dilakukan setiap pagi memberi kesan yang baik terhadap kualiti tidur 

8.Meningkat Dan Memperbaik Fungsi Mental
Bukan sahaja bersenam dapat menjadikan tidur anda di malam hari lebih baik,ianya juga menjadikan anda lebih efektif apabila anda bagun dari tidur keesokannya.Kajian bertajuk Running to catch up: rapid generation of evidence for interventions in learning disability services yang diterbitkan oleh British Journal of Psychiatry menyatakan bahawa bersenam dapat meningkatkan fungsi mental manusia menjadi lebih baik.Bukan sahaja bersenam bermanfaat terhadap fizikal tetapi juga mental.

Fakta dan bukti dari pelbagai kajian telah saya sertakan.Jadi tiada alasan lagi untuk anda tidak bersenam.Hanya perlukan minimum 5 minit sehari setiap hari.Contoh senaman mudah yang anda dapat amalkan adalah seperti berlari-lari selama 5 minit,berlari setempat,lompat bintang atau paling mudah jangan anda gunakan lif di tempat kerja anda.Amalkan menggunakan tangga setiap hari untuk ke pejabat anda..=)






Segalanya Unik

1 comment:

Instagram